
Qutbanniyya
Syaikh Muhammad Hisham Kabbani Ar Rabbani
Ulama merupakan pewaris para anbiya. Namun demikian, ulama yang dimaksudkan disini bukanlah mereka yang memperolehi ilmu mereka daripada buku-buku. Ulama yang dimaksudkan ialah mereka yang bergelar aqtab. Bagi golongan ini, Allah telah membuka enam kunci kuasa di dalam hati mereka, dan juga memberitahu mereka tujuh nama peribadi yang ada untuk mereka.
Lima peringkat Qutub:
• Qutub
• Qutub al-Bilad
• Qutub al-Mutassarif
• Qutub al-Irshad, dan
• Qutub al-Aqtab
Qutub merupakan seorang yang telah dianugerahkan oleh Allah satu kuasa yang boleh mengeluarkan daripada zat Muhamamd ilmu-ilmu kerohanian dari alam kerohanian dan ghaib ke dunia. Beliau dapat memperolehi dan mengeluarkan ilmu dan rahsia dari hati Rasulullah (saw). Ini merupakan tahap pertama seorang qutub.
Qutub al-Bilad bertanggungjawab ke atas susunan dan kestabilan di dalam dunia ini. Beliau tahu tentang keperluan-keperluan setiap bangsa dan segala kumpulan makhluk di bumi ini.
Qutub al-Irshad menjadi penasihat kepada 124,000 para awliya.
Qutub al-Mutassarif diberi otoriti untuk mengarah para malaikat kepada setiap manusia dan makhluk, dan juga bertanggungjawab ke atas makhluk-makhluk yang kecil seperti cacing-cacing yang tinggal di celah-celah batu. Semua kuasa ini datangnya dari Sayyidina Muhammad (saw).
Qutub al-Aqtab menyelia dan bertanggungjawab ke atas aqtab-aqtab yang lain.
Ghauth
Di atas kelima-lima aqtab ialah ghauth. Kedudukan beliau ialah di antara “Tiang Kepada Tiang” dengan Rasulullah (saw). Ghauth diibaratkan sebagai paip atau saluran. Sayid Bahauddin Naqshband ialah salah seorang daripada qhauth dan begitu juga Sayid Abdul Qadir al-Jilani. Ghauth berubah dari abad ke abad. Sumber kuasa aqtab dan ghauth adalah secara terus menerus dari hati Rasulullah (saw). Antara ciri-ciri, tugas-tugas dan kuasa-kuasa yang ada pada diri mereka adalah seperti berikut: • mereka ada pengetahuan berkenaan kejadian yang berlaku di dalam bumi yang melibatkan angin, gempa bumi dan hujan. Kedua-dua ibu-bapa mereka mesti ada ashraf daripada keturunan Ahl al-Bayt, iaitu daripada Hassani dan Husayni. Sekiranya mereka tidak datang daripada keturunan Rasullullah (saw) dan mereka dapat sampai ke tahap maqam yang tinggi ini, bererti mereka mewarisinya daripada Salman al-Farsi. Rasulullah telah menerima Salman sebagai salah seorang ahli keluarga baginda (saw), walaupun Salman berasal dari Farsi. Untuk menunjukkan bahawa Salman adalah ahli keluarga, baginda (saw) pernah berkata kepada isterinya supaya tidak perlu menutup awrah apabila Salman berada di dalam rumah mereka. Setiap angkara yang berlaku di dalam alam semesta ini adalah di dalam tangan aqtab-aqtab dan ghauth - daripada Allah kepada Rasulullah (saw), dan daripada Rasulullah (saw) kepada aqtab dan ghauth - Wa yahmiloon ‘arsh ar-rahmanu yaumaidhin thamaaneeya.
Allah telah mencipta lapan malaikat untuk mengangkat TahteraNya. Tidak ada bahasa untuk menerangkan bagaimana hebatnya ciptaan lapan malaikat ini. Mereka gembira diberi tugas mengangkat Tahtera tersebut, tidak ada perasaan bongkak dan megah. Namun begitu terdapat satu perasaan di kalangan mereka bahawa merekalah malaikat yang mempunyai darjat yang paling tinggi. Allah mahu menunjukkan kepada mereka bahawa sebenarnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa. Allah melenyapkan segala kekuatan dan kuasa yang ada pada diri mereka, hatta hilanglah kekuatan mereka. Kuasa mereka telah dipindahkan kepada enam para awliya (5 qutub dan seorang ghauth). Allah berfirman, “Aku akan mencipta seorang khalifa di bumi.” Para malaikat bertanya, “Adakah Engkau hendak mencipta mereka yang akan membuat fitnah di atas bumi dan melempahkan darah…?”
Allah tunjukkan kepada mereka bahawa kumpulan manusia ini adalah daripada golongan yang terpuji. Malah, aqtab-aqtab dan ghauth inilah yang membantu para malaikat. Sekiranya terdapat di antara mereka bukannya daripada tariqat Naqshbandi, Allah memberi izin kepada Rasulullah (saw), dan Rasulullah (saw) memberi izin kepada sheikh mereka untuk membawa ajaran tariqat Naqshbandi selain daripada ajaran-ajaran tariqat yang sedang mereka ikuti. Oleh yang demikian, awliya tersebut membawa kuasa daripada tujuh tariqat. Oleh kerana terdapat lima qutub pada setiap masa, apabila seorang daripada mereka meninggal dunia, dia akan diganti.
Golongan para awliya ini memanglah unik. Salah satu realiti kewujudan mereka adalah untuk mengambil ilmu daripada setiap nama Allah. Akibatnya, mereka sentiasa berada dalam keadaan ekstasi. Daripada setiap nama Allah yang Maha Suci, mereka menikmati 700,000 bentuk ekstasi, dan daripada keadaan tersebut mereka boleh memberi kepada manusia 700,00 bentuk hikmah. Setelah mereka menyelami Lautan hikmah dan ilmu ini, Allah akan menanggalkan tirai/hijab dan membuat mereka kasyaf. Dengan keadaan kasyaf mereka akan sampai ke Kehadiran Ilahi, di satu tempat di mana mereka akan menyaksi haqiqat ayat yang berbunyi, “Allahu nuru samawati wal ard” (Allah ialah Cayaha di langit dan di bumi). Semenjak pada waktu itu, apa yang mereka lihat hanyalah cayaha itu.
6 komentar:
Syeh Nazim telah menegaskan : Maka Anda sekalian para hadirin, ambillah Nur Illahi itu dari QOLBU Syeh A. Shohibul WafaTajul Arifin saat ini. Mumpung beliau masih ada, mumpung beliau masih hadir di tengah kita, SULUTKAN NUR ILLAHI dari QOLBU BELIAU kepada qolbu anda masing-masing.
Di hadapan beliau SAYA TERLALU MALU UNTUK TIDAK MENGAMBIL apa yang ada pada QOLBU BELIAU. Saya malu untuk berbicara hanya dengan apa yang ada pada qolbu saya sendiri.
KH. Wahfiudin adalah murid Syeh Nazim orang kpercayan Syeh bahkan ditunjuk tuk mendampingi menerjemahkan smua ucapan Syeh Nazim Selama berkunjung di Indonesia. KH. Wahfiudin telah menegaskan tidak ada bai’at Abah Anom dengan Syeh Nazim. KH. Wahfiudin merasa perlu mengungkapkan ini semua jangan sampai ada kekeliruan/kesalah pahaman diantara kita semua.
KEDUDUKAN SYEIKH AHMAD SHOHIBUL WAFA TAJUL ARIFIN QS. (ABAH ANOM) DALAM PANDANGAN AL-IMAM AL- ‘ALAMAH AL-ARIF BILLAH AS-SAYYID SYAIKH MUHAMMAD BIN ‘ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI RA
Kisah ini diambil dari majalah nuqthoh terbitan yang no 9 tanggal 26 januari 2010 M, hal 32 dengan judul “Mengenal Abah Anom melalui pandangan batinnya”
MENGAKUI KEMULIAAN ABAH ANOM Kurang dari 40 hari menjelang wafatnya Beliau Sayyid Muhammad Al-Maliki Al-Hasani ra. Salah seorang santrinya asal garut bernama KH. Dodi Firmansyah ditanya oleh almarhum. Kiyai muda asal Garut tersebut terperanjat saat al-‘alamah tersebut menanyakan sosok guru yang telah menanamkan kalimat agung dilubuk hatinya. Lebih terkejut lagi saat Ulama tersebut “tercekat” sewaktu disebutkan nama Syekh Ahmad Shohibul wafa Tajul ‘Arifin. Secara sepontan Beliau menyebutkan bahwa Syekh ahmad Shohibul wafa Tajul ‘Arifin adalah Sulthonul Awliya fi hadza zaman ( RAJANYA PARA WALI JAMAN SEKARANG ) bahkan beliaupun menyebutkan QODDASALLAHU SIRROHU bukan rodliyallohu ‘anhu seperti yang kebanyakan disebutkan oleh para ikhwan. Walaupun secara dhohir Syekh Muhammad Alawy Al-Maliki belum bertemu dengan pangersa Abah namun keduanya telah mengenal di alam ruhani yang tak dibatasi ruang dan waktu.
Sekilas profil KH.Dodi Firmansyah Usianya masih muda kelahiran garut tahun 1978. Sejak usia SMP ia dikenal ahli hikmah sedangkan ketertarikan dalam dunia tasawwuf ia ke Pondok Pesanttren Suryalaya sejak dimulai kelas 4 SD . Kiayi ini pernah di didik langsung oleh almarhum Al-Alamah Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki ra di mekkah selama 6 tahun. Pulang mesantren dari mekkah pada tahun 2006, kiyai ini menikah dengan Hj.Siti Fatimah putri seorang pengusaha asal tasik Malaya dan dikaruniai putra yang diberinama M.Lutfi L. Makki Majalah Noqthoh hal. 41: Pendapat KH.Dodi tentang sosok Pangersa Abah Anom : Saya tidak bisa mengungkapkannya dengan kata-kata. Cukuplah 2 pendapat Ulama kelas dunia yang mengomentarinya. Pertama ungkapan dari guru saya sendiri di mekkah, yaitu Sayyid Muhammad bin Alawy bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani ra. Beliau sendiri yang mengungkapkan bahwa Syekh Ahmad Shohibul wafa Tajul ‘Arifin qs. Adalah Sulthon Awliya fi Hadza Zaman dan kedua Mursyid Kammil Mukammil Thoriqoh Naqsyabandi Al-Haqqani, As-Sayyid Al-‘Alamah Al-‘Arif billah Syekh Mohammad Nazim Adil al-Haqqani, sufi kenamaan dari Cyprus yang menyebutkan Pangersa Abah (Syekh Ahmad Shohibul wafa Tajul ‘Arifin qs) adalah Sufi agung di timur jauh.
Dalam majalah sintoris (Sinar thoriqoh islam) disebutkan As-Sayyid Al-‘Alamah Al-‘Arif billah Syekh Mohammad Nazim Adil al-Haqqani ra mengatakan bahwa Syekh Ahmad Shohibul wafa Tajul ‘Arifin adalah WALI AGUNG DITIMUR JAUH.. hal itu pernah disampaikan juga di kampus oleh KH.Wafiuddin setelah mendampingi syekh Mohammad Nazim Adil al-Haqqani ke P.P.Suryalaya.
Subhan seorang Dosen IAILM Suryalaya pernah silaturahmi kepada Tuan Guru Ijai Martapura Kalimantan Selatan. Tuan guru Ijai menyebutkan SYEH A. SHOHIBUL WAFA TAJUL ARIFIN ADALAH LAUTAN THORIQOH..
Tuan Guru Ijai dikenal sebagai seorang Wali Mursyid yg masyhur yang di kunjungi para alim ulama Habaib dari belahan dunia nama lengkapnya Alimul ‘allamah Al ‘Arif Billah Asy-Syekh Muhammad Zaini Abd. Ghani ( Tuan Guru Ijai ) bin Al ‘arif Billah Syekh Abd. Ghani bin Syekh Abd. Manaf bin Syekh Muh. Seman bin Syekh. M, Sa’ad bin Syekh Abdullah bin ‘Alimul ‘allamah Mufti Syekh. M. Khalid bin ‘Alimul ‘allamah Khalifah Syekh. Hasanuddin bin Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari.
Seorang Wali besar Mufti Kesultanan Indragiri Syekh Abd Rahman Shiddiq, berpendapat bahwa Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah keturunan Alawiyyin melalui jalur Sultan Abdurrasyid Mindanao.
Jalur nasabnya ialah Maulana Muhammad Arsyad Al Banjari bin Abdullah bin Abu Bakar bin Sultan Abdurrasyid Mindanao bin Abdullah bin Abu Bakar Al Hindi bin Ahmad Ash Shalaibiyyah bin Husein bin Abdullah bin Syaikh bin Abdullah Al Idrus Al Akbar (datuk seluruh keluarga Al Aidrus) bin Abu Bakar As Sakran bin Abdurrahman As Saqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali Maula Ad Dark bin Alwi Al Ghoyyur bin Muhammad Al Faqih Muqaddam bin Ali Faqih Nuruddin bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khaliqul Qassam bin Alwi bin Muhammad Maula Shama’ah bin Alawi Abi Sadah bin Ubaidillah bin Imam Ahmad Al Muhajir bin Imam Isa Ar Rumi bin Al Imam Muhammad An Naqib bin Al Imam Ali Uraidhy bin Al Imam Ja’far As Shadiq bin Al Imam Muhammad Al Baqir bin Al Imam Ali Zainal Abidin bin Al Imam Sayyidina Husein bin Al Imam Amirul Mu’minin Ali Karamallah wa Sayyidah Fatimah Az Zahra binti Rasulullah SAW. http://id.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Arsyad_al-Banjari_bin_Abdullah_Al_Aidrus.
‘Alimul ‘allamah Al ‘Arif Billah Syekh M. Zaini Abd. Ghani adalah seorang ulama yang menghimpun antara thariqat dan haqiqat, seorang yang Hafazh AI-Quran berusia 7 tahun. hafazh Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim Lil-Imamain Al-Jalalain pada usia 9 tahun. Beliau seorang yang “mahfuzh”, yaitu suatu keadaan yang sangat jarang sekali terjadi, kecuali bagi orang orang yang sudah dipilih oleh Allah SWT. beliau tidak pernah ihtilam.
Pada usia 9 tahun di malam jumat beliau bermimpi melihat sebuah kapal besar turun dari langit. Di depan pintu kapal berdiri seorang penjaga dengan jubah putih dan di gaun pintu masuk kapal tertulis “SAFINAH AL-AULIA”. Beliau ingin masuk, tapi dihalau oleh penjaga hingga tersungkur. Beliaupun terbangun. Pada malam jum’at berikutnya, beliau kembali bermimpi hal serupa. Dan pada malam jumat ketiga, beliau kembali bermimpi serupa. Tapi kali ini beliau dipersilahkan masuk dan disambut oleh salah seorang syaikh. Ketika sudah masuk beliau melihat masih banyak kursi yang kosong. Ketika beliau merantau ke tanah Jawa untuk mencari ilmu, tak disangka orang yang pertama kali menyambut beliau dan menjadi guru adalah orang yang menyambut beliau dalam mimpi tersebut.
Dalam usia 10 tahun sudah mendapat khususiat dan anugerah dari Tuhan berupa Kasyaf Hissi yaitu melihat dan mendengar apa-apa yang ada di dalam atau yang terdinding. Pernah rumput-rumputan memberi salam kepada beliau dan menyebutkan manfaatnya untuk pengobatan dari beberapa penyakit, begitu pula batu-batuan dan besi.
Posting Komentar